Wednesday, 10 August 2011

Ciri-ciri Mencintai Rasul

Assalaamu'alaikum wa Rahmatullah!
  
"Alang-alang dah ter-update blog lusuh ni, ada molek bagi aku teruskan sahaja. Selain tajuk blog ni pon tak sempoi dan nyampah aku tengok sebab berkaitan dengan subjek aku pernah belajarq. Aku tak berasa tringin nak cakap lagi pasai hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan rakan-rakan sekuliah. Depa tak dak signifikan dalam idop wa, wa pon tak dak signifikan ke sapa pon.

Tak laparq aku terlibat dengan mana-mana pihak yang bermusuh atau bersengketa. Creta dia, aku malaih nak teruskan benda yang sia-sia. Lagi bek aku sediakan catatan agama bagi ke diri aku sendiri menuju ke kubuq dan selepas tu ke akhirat. Mana la nak pi tau noh, kita ni tak menungkat langit. Esok-esok tak dan nak kata apa lupppp masuk dalam tempat kotoq yang ada cacin tu mai malaikat bawak rantai sebat muka kita.

Kat sini, aku nak rakamkan pemahaman aku serta perkara yang aku dengar tentang ceramah agama yang disampaikan di Radio Malaysia Pulau Pinang atau Radio Malaysia Kedah, haha. Jadi lepas ni aku ada banyak punca untuk rujuk dan buat muhasabah diri aku sniri selain daripada mempelajari balik perkara-perkara yang aku pernah tertinggal semasa aku sekolah dulu akibat benci aku kat sekeliling. Lawaknya aku sebelum ni malu nak dengar ceramah agama, tapi dalam masa aku balik ke jalan ni pun aku ada disedarkan lagi oleh bekas teman sebilik aku masa tahun dua dulu yakni saudara Zaidi. Aku berterima kasih sangat kat dia dan minta mahap gak kat dia kalu aku ada menyusahkan dia semasa jadi rakan sebilik. Mesti dia meluat kat aku, roommate ni prangai paling terok penah dia jumpa, haha. Aku saja nak test hang jah Zaidi oii, aku bukan saja-saja jahat kat hang. Dok nampak hangpa kat bahagian Mahasiswa Islam aku nak tengok gak la gena cara. Dah test tau la hang memang bek sungguh. Orang 'kapiaq' macam kami memang selalu wat macam tu nak tengok betui ka dak sebelom nak ikot apa-apa pun. Mintak ampun banyak-banyak, aku doa hang mana-mana pun.

Semalam tak silapnya aku dengar ceramah berkenaan ciri-ciri cinta rasul s.a.w. Ceramah ni aku ingat dirakamkan di Masjid Seberang Perai Selatan. Kata Ustad yang aku tak ingat nama dia, bahawasanya Nabi bersabda "tidak sempurna iman seorang itu sehinggalah aku lebih dicintai melebihi ibu-bapanya, anak-anaknya, hartanya, serta sebagainya." Kita (ustad kata bukan aku) ada mendengar lagu yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Hijjaz:

Rasulullah dalam mengenang mu, pahit getir, engkau taburkan pengorbanan mu untuk ummat mu yang tercinta, biar terpaksa harungi rintangan.....

Arghhh, haku tak ingat la lirik neh. Aku bukan jenis orang yang dengar nasyid pon. Besa aku dok gelak ja kat adik pompuan aku bila dia nyanyi atau dengar nasyid sebab dia macam ortho sikit. Tapi aku ingat salah gak apa aku buat tu, padan la dok keja kena karmma buruk. Itu pilihan dia, patutnya aku hormat kat minat dia bukan mengutuk. Lagipun minat orang kan macam-macam. Tak boleh lah kita nak paksa orang suruh minat benda yang sama macam kita, ada betui ka?

Kata ustaz lagi, orang jahiliah kata kat nabi macam-macam, songsang, sesat, gila, serta bermacam-macam kata nista seperti yang Allah SWT rakamkan dalam Surah Al-Qalam. Aku ingat nanti kot bleh bukak check. Ada ceramah Dr. Sepora kat Pusat Bahasa. Kesian lak kat dia kalo aku ponteng sebab dia dah susah-susah aturkan benda yang aku serta rakan sekelas tak payah bayar atau buat apa-apa melainkan dengar ja dan bagi sikit maklum balas atau keluarkan soalan kalau tak paham. Lagipun aku hormat sangat kat Dr. Sepora, aku anggap dia macam mak aku gak dan dia selalu cuba nak perbaiki mutu pengajaran. Ringkasan Surah al-Qalam tu ada sebut yang Allah sayang nabi s.a.w.

Semasa khutbah Jumaat juga ada selawat serta ayat Quran yang aku tak ingat Surah apa sebab aku tak hapai lagi surah tu mengatakan yang Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi s.a.w maka kita orang-orang biasa yang hina ni lagi lah kena banyak berselawat ke atas nabi s.a.w.

Selain itu kita perlukan penghayatan juga. Jika ada majlis ilmu atau ceramah keagamaan boleh lah kita dengar. Ku rasa tak mestinya pi mesjid jah, kat dalam bilik dengar radio ka tengok tv pon buleh macam aku dok perati Dr. Rokiah buat masa hari Jumaat masa consultation pukoi 10 tu. Dalam internet pon ada rakaman ceramah kalu dah maju siap boleh muat turun lagi.

Lani kalu ada ceramah bab nak ke akhirat tu jarang la kita jumpa beliawan ka beliawati mai. Aku teringat balik kat bekas teman sebilik aku dulu. Kagum gak aku dan agak terkejut sebab aku nampak ada lagi orang seusia aku yang dalam lingkungan 20-an ni yang dengar ceramah agama. Aku slalu dok ingat orang tua yang tunggu nak mati ja dengar ceramah sebelum ni pasai ramai orang dok kata lagutu. Kalu ada kursus uruskan jenazah yang diaturkan untuk golongan belia pon tak ramai la yang pi. Yang ni masuk lah aku pon. Yang hadir pun adalah golongan yang bakal jadi jenazah ja, kata ustaz tu.

Sekarang nih manusia dah jadi jahat sebab tidak ngaji ilmu agama sebaliknya lebih beratkan ilmu dunia, bak kata orang Kedah dok pulon tang tu ja la. Ilmu agama tu sekadar ada ja la, tau babi tu haram, anjing tu haram, tak leh menonggang botol arak ikutan ka apa nama. Agama diletakkan di belakang, yang diletakkan dan dijunjung di atas kepala tu wang ringgit, kawan-kawan, harta pangkat, keseronokan sementara yang berlebihan, dan lain-lain lagi. Ustad kata, Hindustan kata dil to pagal hai. Dalam surat-surat kiriman orang syariat lampau aku dok baca depa sebut benda ni berhala dalam hati buat hati jadi kotoq.

Ilmu pertama tu adalah dengar ceramah agama, dan jangan sia-siakan. Sayang nabi ni maksudnya kita sayang orang yang membawa pesanan dari Allah. Hari ni, kita pun harus sayangi tuk-tuk guru agama kita juga memberi hormat. Guru-guru agama yang 'ikhlas hati' ni adalah pewaris nabi.

Satu perkara lagi dalam cinta sayang kepada nabi ni adalah yakin. Kita harus yakin dengan sunnah nabi. Sunnah tu maksudnya cara hidup yang berasaskan contoh perbuatan nabi. Sunnah nabi tu ada terkandung dalam hadis-hadis nabawi yang diwahyukan juga oleh Malaikat Jibril a.s. Masalahnya sekarang ni, orang Islam tidak yakin lagi dengan sunnah serta tidak mengamalkannya. Setengahnya pula hanya mengambil sebahagian yang mereka boleh terima dan meninggalkan yang mereka tak boleh terima. Bila perintah disampaikan melalui rasul, kita ikut suruhan Allah Azza wa Jalla dan tinggalkan larangannya.

Ada juga ketaatan kepada perintah Allah dan larangan-Nya serta ikhlas mengikut suruhan Allah Azza wa Jalla yang disampaikan melalui rasul s.a.w. Ringkas ceritanya, Allah Azza wa Jalla berfirman bahawa tidak kami utus Rasul s.a.w kepada kamu kecuali sebagai rahmat atas alam. Bukan manusia saja bergembira, haiwan serta alam juga gembira kerana sebaik rasul s.a.w lahir sahaja, terpadam api orang majusi, bergegar segala berhala. Semuanya terasa rahmat kelahiran rasul s.a.w.

Selain itu, Allah Azza wa Jalla berfirman lagi, sesungguhnya bagi diri kamu rasul s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Baginda dididik oleh Allah Azza wa Jalla sendiri. Tiada masuk mana-mana sekolah atau mana-mana universiti macam kita nih pun dia ada akhlak mulia. Akhlak dan adab sopan sungguh tip-top bukan macam orang sekarang nih yang belajar macam-macam ilmu tapi berlagak sombong bongkak lagi angkuh dok ada. Begitulah yang aku dengar adanya. Pengalaman aku masa aku sekolah dulu sampai ke lani pon sama ja la macam apa ustad kata dalam dok perhati keliling kita, moga jadi teladan buat sempadan sama kita lah hendaknya. - Tammat, 3 Rabi'uttaani 1430 H hari Isnin jam 20:40 (30th March 2009)"

This is actually imported from my previous blogs and I import it here before I wipe clean all of my previous track. Feel sick looking at them because some of them still have the configuration and links with my previous classmates during first degree time. I don't want anyone to know me or even imagine or remember my appearance anymore. Just want it to be like nothing ever happened and I am not existence.

I actually posted many things especially religious notes in non-centralized blogs last time when I was a roommate to Mijie in year 2009 but this note was with me since the previous semester I was with Zaidi. I was quite active last time in memorizing religious lectures and jotting them down when I return to my room cause I stay functioned like a primitive man and listened to them without any preparation such as when I was in the bus and had no pen or paper with me, lol.

This lecture was actually half typed in Kedah Malay and Standard one. Some people might understand or familiar, some may not because of structural difference. I was in the midst where I had problem with my classmates and some lecturers in that particular semester. They began to form groups and talking evil things about each other. I could only see Satan in it so I refuse to mix around and stay underrated. The God Will, we would try to make some English translation wherever possible on important points for others to get benefit. Lama tak tulis bahasa Melayu atau cakap bahasa Melayu betul-betul dok keja cakap Kedah and English jah, feel quite awkward and weird... haha.

Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'alaa aali Muhammad. Kamaa sallaita 'alaa Ibrahim wa 'alaa aali Ibrahim. Allahumma baarik 'alaa Muhammad wa 'alaa aali Muhammad. Kamaa baarakta 'alaa Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim. Fil 'aalameena innaka hameedun majeed. Our Lord, please be in contact with our prophet Muhammad s.a.w and his family. As You had been in contact with our patriarch Abraham and his family. Our Lord, please bless our prophet Muhammad s.a.w and his family. As You had blessed our patriarch Abraham and his family. In the universe, You are the only worth praise and glory. Sealed with prayers for peace, mercy and love, amin!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...